SaHaBat

KITA DAN KEHIDUPAN YANG TELAH KITA BINA BERSAMA

Sahabat??.
Jenguklah sebentar hakikat ubudiyah mu,
Berpalinglah dari kotoron hidup yang melemaskan,
Simpulan hajat yang memperdayakan,
Kata-kata yang tidak dikota,
Cita-cita yang tidak pernah diusahakan,
Hawa nafsu yang sentiasa memenangi, dan?
Kumpulkan segala nafasmu,
Bekalan yang membantu,
Saudara yang sentiasa bersatu,
Kesetiaan yang tidak pernah layu,
Iman dan fikrah yang sentiasa menunjang hidupmu,
Pandanglah kehadapan!!!!


Sahabat ??.
Berdiamlah sebentar,
Ajarlah dirimu melihat kenyataan hidup,
Hakikat, kesusahan dan kebiasaan kehidupan ini,
Kemanisan adalah pada kesusahannya,
Yang memenuhi erti perjuangan,
Yang menyalakan keimanan,
Dan memantapkan keazaman perjuangan ini,
Tidaklah menjadi matang dengan kesenangan,
Dan keseronokan yang membunuh hakikat keinsanan insan,
Bersabarlah?..!!!!!


Sahabat?.
Tolehlah ke belakangmu, masa-masa kita mengukir sejarah hidup bersama,
Menangis dan ketawa, ingat dan lupa, bahagia dan derita,
Di hadapanmu ada hakikat, ummah yang bermasalah,
Onak dan duri di persada dunia,
Tuntutan dirimu untuk terus cemerlang,
Peningkatan diri yang tak terarah,
Adakah lagi ruang menanti??????


Sahabat??
Barisanmu hari ini adalah pembawa misi untuk masa hadapan yang lebih gemilang,
Lihatlah dengan mata yang terbuka,
Surah ar-Rasul,
Fiqh dan kebijaksanaan?.
Kesusahan dan kesetiaan?.
Kesabaran dan kematangan ?..
Kehidupan yang bagaimanakah lagi yang engkau hajati?.??????
Alangkah indahnya?..
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah yang sejati??..
Renung-renungkanlah??..
Fikir-fikirkanlah??.
Hayatilah kata-kata ini?.mudah-mudahan ia dapat menggegarkan jiwa raga,
kita?insyaAllah?..

Semoga Allah s.w.t membuka jalan dan mempermudahkan perjalanan ini, meredhai
setiap langkah yang terhayun?kerana perjalanan ini masih panjang dan
berliku-li