Rabu, 17 Oktober 2012

CARA-CARA MENGAMBIL WUDHUK dengan SEMPURNA



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini." 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini." 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini." 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini." 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu." 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini." 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim." 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan; "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat." Penjelasannya: 1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah 2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri 3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan 4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri 5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala 6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain 7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali 8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Jumaat, 30 Mac 2012

Katakanlah Allah KekasihQ



katanya kita tahu adanya Dia,katanya kita cinta kan Dia,katanya kita rindukan Dia,katanya kita bergantung kepada Dia,katanya kita percaya qada dan qadarNya,katanya kita melakukan segala-galanya demi Dia,katanya Dialah segala-galanyatapi kenapa kita masih melakukan maksiat sedangkankita tahu Dia sentiasa ada?tapi kenapa kita lebih agungkan cinta manusia lebih dari Diasedangkan kita tahu Dia jauh lebih mencintai kita?tapi kenapa rindunya kita pada Diatidak setanding rindu kita pada manusia biasa?tapi kenapa kita jarang meminta pertolongan daripadaDia sedangkan kita cuma bergantung pada Dia?tapi kenapa kita sibuk mencari pasangansedangkan Dia sudah menetapkan perkara tersebut sejak awal?tapi kenapa cuma sedikit yang mengingati Diaapabila melakukan sesuatu?tapi kenapa lebih banyak waktu kita luangkan masa untukperkara lain sedangkan kita besama Dia cuma sebentar?kenapa?Hidup ini terlalu indah untuk melakukan maksiat.Hidup ini akan lebih indah jika kita mencintaidan mengutamakan Dia.Dia Maha Mendengar, kita sentiasa bolehbergantung harap daripada Dia.perjalanan hidup kita sudah ditentukan sejak azali,apa kata kita cuma turutinya saja disamping menambahibadah kita kerana apabila kita mencari cinta Dia,cinta manusia akan mencari kita.selangkah kita mendekati Dia,beribu langkah Dia mendekati kita.

Jumaat, 10 Februari 2012

DoaQ

Ya Allah, 
Kenapa imanku sering turun naik..Ya Allah
Kenapa hatiku tidak tetap padamu..Ya Allah
Kenapa diriku sentiasa lupa mengingatimu..Ya Allah
Kenapa jiwaku terasa gersang..Ya Allah

Ya Allah kurniakanlah aku iman yang sentiasa tunduk padaMu..
Ya Allah kurniakanlah aku cahaya untuk menuju AgamaMu..
Ya Allah pimpinlah aku Ya Allah..

Hadiahkanlah aq rahmatMu Ya Allah
Hadiahkanlah aq cahayatMu Ya Allah
Hadiahkanlah aq pertunjukMu Ya Allah
Hadiahkanlah aq hidayahMu Ya Allah

Agar hatiQ sentiasa tunduk padaMu
Agar hatiQ sentiasa redha dengan ujianMu
Agar hatiQ sentiasa takut padaMu
Agar hatiQ sentiasa merinduiMu
Agar hatiQ sentiasa ingin menemuiMu
Agar hatiQ sentiasa ingin mendampingiMu

Kasing sayang itu manis sekiranya kapada Allah
Cinta itu indah sekiranya untuk Allah
Rindu itu asyik sekiranya terhadap Allah
dan
Kemanisan, keindahan, keasyikkan itu lebih hebat sekiranya ada redha_Ilahi

Ya Allah
Indahnya setelah mengenaliMu
Indahnya bersujud & memujiMu
Tidak terasa masa meninggalkan diri ini dengan pantas
Tidak terasa diri sentiasa dibebani masalah

Oh...Begitu lambat masa bergerak
tidak sabar rasanya menemaniMu
menghilangkan rasa rindu padaMu
menikmati rasa ketenagan kurnianMu
berkongsi cerita hidupku bersamaMu

Puju-pujian selayaknya hanya untuk Allah
kerana semua yang dimiliki adalah kurniaan dari Allah
termasuk RUPA,WAJAH,TUBUH,AKAL,KEPANDAIAN,KASIH,SAYANG,CINTA,
ANAK,IBU,BAPA,KAKAK,ABANG banyak
Dan banyak lagi nikmat yang Allah hadiahkan kepada kita
oleh itu,bersyukur dengan apa yang kita miliki

Ya Allah indahnya ukhuwah
Bertapa hambaMu ingin hidup dalam suasana tarbiyah sepertiMu

Berlumba-lumba ingin menjadi kakasihMu
Berlumba-lumba mencari keradhaanMu
Andai kata hidup hambaMu ini dikurniaan kehidupan seperti itu
Takkan hambaMu persia-sia2kannya.....